HakCipta Terpelihara. Masjid Saidina Ali Bukit Sentosa, Rawang. Selangor

Best view with Firefox browser. EMail admin@masjidsaidinaali.com.my

 

 

:: English | Bahasa Malaysia  ::



:: BERITA ::
05 OGOS 2022
MASJID SAIDINA ALI




Sebanyak 12 surau-surau di bawah kariah Masjid Saidina Ali telah dijemput untuk Taklimat Pendaftaran Kariah Masjid Saidina Ali (MSA). Mesyuarat tersebut dihadiri oleh Tn. Pengerusi dan Setiausaha surau-surau. Taklimat di sampaikan oleh Tn. Setiausaha Masjid Saidina Ali, Tn. Nor Arisham Bin Haji Bakar dan disertai oleh Tn. Nazir MSA dan Tn. Timb. Nazir MSA.

Tn. Setiausaha MSA juga menerangkan secara ringkas syarat-syarat calon untuk sesuatu jawatan pada Mesyuarat Khas Pencalonan dan Pemilihan Anggota Jawatankuasa Kariah dan Pemeriksa Kira-Kira yang akan di adakan nanti.



Tn. Nazir Masjid Saidina Ali juga meminta surau-surau mengenalpasti mereka yang berpontensi untuk diketegahkan sebagai Pegawai maupun AJK masjid. Beliau juga meminta surau-surau mengenalpasti mereka yang boleh dijadikan pelapis masjid dengan meminta mereka menyertai Lajnah-Lajnah yang diminati agar mereka boleh diberi pendedahan terhadap organisasi masjid sebelum dicalonkan kepada jawatan yang lebih serius.

Mesyuarat tamat pada jam 11:00 malam.



  


<< KEMBALI KE MENU UTAMA >>


MASJID SAIDINA ALI BUKIT SENTOSA

JALAN ANGGERIK 6, SEKSYEN BS7, BUKIT SENTOSA

48300 RAWANG, SELANGOR DARUL EHSAN.

Tel: (60) 3 6021 5776 | EMail : masjidsaidinaali2016@gmail.com