HakCipta Terpelihara. Masjid Saidina Ali Bukit Sentosa, Rawang. Selangor

Best view with Firefox browser. EMail admin@masjidsaidinaali.com.my

 

 

:: English | Bahasa Malaysia  ::



:: MASJID SAIDINA ALI::

SELASA 01 OKTOBER 2024
:: PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO ULANG TAHUN MASJID SAIDINA ALI ::
::  KE-10::



PENGUMUMAN PEMENANG PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO
ULANG TAHUN MASJID SAIDINA ALI KE-10

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT, kami ingin mengumumkan pemenang bagi Pertandingan Mencipta Logo Ulang Tahun Ke-10 Masjid Saidina Ali yang telah berlangsung baru-baru ini.

Sambutan yang kami terima sangat menggalakkan sehinggakan pihak juri terpaksa mengambil masa yang lebih lama untuk memperhalusi setiap penyertaan dan kami amat menghargai usaha, kreativiti, dan dedikasi yang ditunjukkan oleh semua peserta.

Setelah melalui proses penilaian yang teliti, kami dengan sukacitanya mengumumkan empat pemenang bagi peraduan ini:

TEMPAT PERTAMA (RM500)
      Hj. Idris bin Hj. Abd Hamid

TEMPAT KEDUA (RM300)
       Mohd Harithah bin Sulaiman

TEMPAT KETIGA (RM150)
      Alif Imran bin Ayob

HADIAH ISTIMEWA

     Afzan Rozana bin Ahmad

Kami mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua pemenang dan berharap logo-logo ini akan memberi inspirasi serta membangkitkan rasa cinta kepada masjid.

Pemenang akan dihubungi oleh pihak admin dalam masa terdekat.

Kami juga ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan jutaan terima kasih kepada semua peserta yang telah menyumbangkan idea dan karya mereka. Setiap penyertaan mempunyai keunikan tersendiri, dan kami sangat menghargai setiap usaha yang telah dicurahkan. Semoga Allah SWT memberkati usaha anda dan terus memberikan ilham untuk menyumbang kepada masyarakat.

Tahniah sekali lagi kepada para pemenang dan terima kasih kepada semua yang telah menjayakan peraduan ini. Semoga Masjid Saidina Ali terus maju dan menjadi pusat dakwah yang harmoni serta dirahmati lagi diberkati.

Sekian, terima kasih.

b.p Masjid Saidina Ali

Nota :
i. Keputusan pihak juri adalah muktamad.
ii. Logo pemenang tidak semestinya digunakan untuk promosi dan merchandise 10 Tahun Masjid Saidina Ali.


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------




SYARAT-SYARAT

1. LOGO HENDAKLAH DALAM BENTUK PDF
2. SEMUA LOGO YANG DIHANTAR ADALAH MENJADI HAK MILIK MASJID SAIDINA ALI
3. PENYERTAAN HENDAKLAH MENGGUNAKAN BORANG GOOGLE FORM YANG DISEDIAKAN :
https://forms.gle/EyKgjf3BLEPQByMJ7
4. TARIKH TUTUP PENYERTAAN : ISNIN 14 OKTOBER 2024. JAM 5:00 PETANG.
5. PEMENANG AKAN DIHUBUNGI MENGGUNAKAN APPLIKASI WHATSAPP DAN AKAN DIPAPARKAN DI LAMAN MEDIA SOSIAL MASJID SAIDINA ALI.
6. KEPUTUSAN JURI ADALAH MUKTAMAD.

MAKLUMAT LANJUT :-


TN. NOR ARISHAM BIN HAJI BAKAR
SETIAUSAHA MASJID SAIDINA ALI
TEL. : (60) 111 852 2016

______________________________________________________






<< KEMBALI KE MENU UTAMA >>


MASJID SAIDINA ALI BUKIT SENTOSA

JALAN ANGGERIK 6, SEKSYEN BS7, BUKIT SENTOSA

48300 RAWANG, SELANGOR DARUL EHSAN.

Tel: (60) 3 6021 5776 | EMail : masjidsaidinaali2016@gmail.com