HakCipta Terpelihara. Masjid Saidina Ali Bukit Sentosa, Rawang. Selangor

Best view with Firefox browser. EMail admin@masjidsaidinaali.com.my

 

 

:: English | Bahasa Malaysia  ::




:: MESYUARAT AGUNG KHAS ::
PENCALONAN DAN PEMILIHAN ANGGOTA JAWATANKUASA KARIAH
DAN
PEMERIKSA KIRA-KIRA MASJID DI NEGERI SELANGOR 2023-2025
[SABTU 17 SEPTEMBER 2022 - 9:00 MLM. (SELEPAS ISYAK) - DEWAN SOLAT UTAMA]

:: SYARAT
-SYARAT CALON SECARA RINGKAS ::

 

KELAYAKAN UMUM BAGI ANGGOTA JAWATANKUASA KARIAH DAN PEMERIKSA KIRA- KIRA

15.1 Semua calon yang dipilih oleh Mesyuarat Agung Khas Pencalonan Dan Pemilihan atau calon yang dinamakan oleh Nazir di bawah perenggan 12(b) hendaklah memenuhi kelayakan umum seperti yang dinyatakan dalam peraturan 4 dan 17 Peraturan 2017 seperti berikut:

  1. (a)  berumur tidak kurang daripada 21 tahun dan tidak lebih daripada 65 tahun;

  2. (b)  beragama Islam, warganegara Malaysia dan tinggal bermastautin atau bermukim serta berdaftar sebagai ahli kariah dalam kariah masjid itu;

  3. (c)  berpegang dan beramal dengan ajaran Ahli sunah Waljamaah dari segi akidah, syariah dan akhlak;

  4. (d)  mempunyai pengetahuan agama Islam merangkumi asas fardu ain yang kukuh, berakhlak mulia dan melibatkan diri dalam aktiviti masjid atau surau;

  5. (e)  boleh membaca, menulis dan mengira;

  6. (f)  sihat tubuh badan dan mental;

  7. (g)  mempunyai daya kepimpinan;

  8. (h)  beraku janji mematuhi undang-undang, warta fatwa dan garis panduan berkaitan dengan pengurusan masjid;

  9. (i)  sentiasa menjalin hubungan baik dengan ahli kariah;

  10. (j)  tidak memegang mana-mana jawatan Pegawai Masjid atau anggota Jawatankuasa Kariah di masjid yang lain;

  11. (k)  tidak disabitkan dengan kesalahan jenayah dalam mana- mana Mahkamah Sivil atau Mahkamah Syariah;

         (l) pelantikannya sebagai Pegawai Masjid atau anggota Jawatankuasa Kariah
          tidak ditamatkan atau dibatalkan di bawah Peraturan 2017;

  1. (m)  dia tidak diisytiharkan sebagai bankrap yang belum dilepaskan;

  2. (n)  dia bukan merupakan Penasihat bagi mana-mana masjid dalam mukim dan kampung.

15.2 Semua calon juga hendaklah memenuhi syarat kelayakan umum tambahan yang ditetapkan oleh Majlis di bawah subseksyen 4(3) Peraturan 2017 seperti berikut:

  1. (a)  tidak memegang apa-apa jawatan dalam mana-mana parti politik;

  2. (b)  bukan merupakan seseorang yang sedang dalam proses pendakwaan di mahkamah atas mana-mana kesalahan jenayah sivil atau syariah; dan

  3. (c)  jika dia adalah calon bagi Pegawai Masjid, dia bukan merupakan Pengerusi, Imam, Bilal atau Siak di mana- mana surau.

MAKLUMAT LANJUT RUJUK :

GARIS PANDUAN PERLAKSANAAN MESYUARAT AGUNG KHAS (PENCALONAN DAN PEMILIHAN ANGGOTA JAWATANKUASA KARIAH DAN PEMERIKSA KIRA-KIRA) NEGERI SELANGOR 2022
(15. KELAYAKAN UMUM BAGI ANGGOTA JAWATANKUASA KARIAH DAN PEMERIKSA KIRA-KIRA 15.1-15.2 M/s 18-19)


MASJID SAIDINA ALI BUKIT SENTOSA

JALAN ANGGERIK 6, SEKSYEN BS7, BUKIT SENTOSA

48300 RAWANG, SELANGOR DARUL EHSAN.

Tel: (60) 3 6021 5776 | EMail : masjidsaidinaali2016@gmail.com

  
<< KEMBALI KE LAMAN MESYUARAT AGUNG>>