HakCipta Terpelihara. Masjid Saidina Ali Bukit Sentosa, Rawang. Selangor

Best view with Firefox browser. EMail admin@masjidsaidinaali.com.my

 

 

:: English | Bahasa Malaysia  ::



:: MASJID SAIDINA ALI::

SABTU 17 SEPTEMBER 2022
:: MESYUARAT AGUNG KHAS PENCALONAN DAN PEMILIHAN ::
ANGGOTA JAWATANKUASA KARIAH DAN PEMERIKSA KIRA-KIRA
MASJID SAIDINA ALI BAGI SESI 2023/2025


Manakala jawatan Setiausaha dan Pen. Setiausaha tidak pilih didalam mesyuarat tetapi kuasa pemilihan diberikan kepada Tn. Nazir yang akan dilantik nanti. Ini adalah antara pembaharuan yang diperkenalkan (sebelum ini hanya bagi pemilhan surau-surau) bagi mewujudkan "teamwork" yang jitu diantara Nazir dan Setiausaha.



Ustaz Mohd Khairi Md Zainal juga menjelaskan calon yang dipilih mestilah tidak muflis atau disenarai hitam atau tersenarai dalam insolvensi dan memiliki rekod jenayah dan memenuhi syarat-syarat pencalonan yang digariskan didalam buku Panduan GARIS PANDUAN PERLAKSANAAN MESYUARAT AGUNG KHAS (PENCALONAN DAN PEMILIHAN ANGGOTA JAWATANKUASA KARIAH DAN PEMERIKSA KIRA-KIRA) NEGERI SELANGOR 2022 & PENDAFTARAN AHLI KARIAH MASJID DAN SURAU NEGERI SELANGOR.
"Semua layak dipilih tapi bergantung kepada tapisan di peringkat daerah. Contohnya bila dapat tahu rupa-rupanya calon ini setelah disemak tersenarai dalam bankrupt yang belum dilepaskan, maka secara automatik calon ini akan digugurkan.
"Ataupun calon itu ada rekod rekod jenayah atau dalam proses pendakwaan, ini juga akan digugurkan," katanya.


Beliau juga menegaskan calon yang dipilih tidak boleh terlibat atau aktif dalam mana-mana parti politik bagi memastikan institusi masjid terpelihara daripada ideologi, pengaruh dan sebarang bentuk sentimen tidak sihat.
Mesyuarat dihadiri oleh 158 orang Kariah Berdaftar.





Keputusan mutaktamad pemilihan akan diumumkan sebaik sahaja proses temuduga dan juga watikah dikeluarkan setelah mendapat perkenan DYMM Sultan Selangor.

NOTA : Lagi gambar-gambar di Facebook Masjid Saidina Ali
Gambar Credit : Aima Photography


<< KEMBALI KE MENU UTAMA >>


MASJID SAIDINA ALI BUKIT SENTOSA

JALAN ANGGERIK 6, SEKSYEN BS7, BUKIT SENTOSA

48300 RAWANG, SELANGOR DARUL EHSAN.

Tel: (60) 3 6021 5776 | EMail : masjidsaidinaali2016@gmail.com