HakCipta Terpelihara. Masjid Saidina Ali Bukit Sentosa, Rawang. Selangor

Best view with Firefox browser. EMail admin@masjidsaidinaali.com.my

 

 

:: English | Bahasa Malaysia  ::

:: PENGURUSAN ::
MASJID SAIDINA ALI

SABTU 12 NOVEMBER 2022

TIGA PEGAWAI MASJID SAIDINA ALI
DI ANUGERAH KETUA & PENOLONG AMIL
ZAKAT TERBAIK
NEGERI SELANGOR (2021)




Tahniah! diucapkan kepada Tn. Ibrahim Bin Alias (Bendahari/Ketua Penolong Amil), Tn. Muhammad Redzuan Bin Zakaria (Bilal I / Penolong Amil) dan Tn. Fazlan Bin Ramli (Bilal II / Penolong Amil) yang telah dianugerah sebagai Ketua dan Penolong Amil Zakat Terbaik Negeri Selangor (2021) bagi Cawangan Kuala Kubu Bahru.


Dari Kiri : Tn. Muhammad Redzuan, Tn. Ibrahim & Tn. Fazlan

Pada majlis yang diadakan di Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz, Shah Alam itu, ketiga-tiga mereka telah menerima plak, sijil dan wang tunai.

Tn. Nazir Masjid Saidina Ali pada itu, merakamkan ucapan Tahniah kepada ketiga-tiga mereka dan meminta kejayaan seperti ini dijadikan contoh kepada pegawai-pegawai lain untuk terus memberikan khidmat yang terbaik kepada ahli-ahli kariah.

Kriteria pemilihan dilakukan dengan melihat kepada prestasi, komitment dan juga keprihatinan terhadap asnaf-asnaf setempat.

Semoga dengan kejayaan ini menjadi pemangkin untuk mereka dan amil-amil lain untuk terus cemerlang.

Sekali lagi Tahniah!.


 

                                                 << KEMBALI KE MENU UTAMA >>



MASJID SAIDINA ALI BUKIT SENTOSA

JALAN ANGGERIK 6, SEKSYEN BS7, BUKIT SENTOSA

48300 RAWANG, SELANGOR DARUL EHSAN.

Tel: (60) 3 6021 5776 | EMail : masjidsaidinaali2016@gmail.com