HakCipta Terpelihara. Masjid Saidina Ali Bukit Sentosa, Rawang. Selangor

Best view with Firefox browser. EMail admin@masjidsaidinaali.com.my

 

 

:: English | Bahasa Malaysia  ::



:: BERITA ::
MASJID SAIDINA ALI



GANGGUAN BEKALAN AIR DIJANGKAKAN BERLAKU DI 188 KAWASAN HULU SELANGOR
9-11 OGOS 2022

Air Selangor dalam satu perkongsian di facebook rasmi mereka telah mengeluarkan notis tentang masalah gangguan bekalan air berjadual dan senarai kawasan terjejas susulan kerja-kerja penambahbaikan dan penyelenggaraan aset di Lojo Rawatan Air Sungai Rasa.

Pelaksanaan kerja-kerja ini bakal menyebabkan berlakunya gangguan bekalan air berjadual di 188 kawasan di Wilayah Hulu Selangor bermula jam 9:00 pagi, 9 Ogos 2022 dan dijangka akan pulih sepenuhnya pada jam 1:00 pagi, 11 Ogos 2022.

Antara kawasan-kawasan yang akan terjejas seperti Ampang Pecah, Bandar Tasik Puteri, Banda Utama Batang Kali, Jalan Besar Ulu Bernam, Bukit Beruntung, Kota Puteri dan Kuang.

Memandangkan Bukit Beruntung antara kawasan yang disenaraikan. Ahli kariah dan jemaah masjid dinasihatkan menyimpan air serta menyimpan bekalan air bersih untuk minuman dan toharah dan berwuduk dari rumah. Masjid Saidina Ali sedang mengambil inisiatif menyediakan tangki air bagi kegunaan jemaah jika memerlukan.


  








<< KEMBALI KE MENU UTAMA >>


MASJID SAIDINA ALI BUKIT SENTOSA

JALAN ANGGERIK 6, SEKSYEN BS7, BUKIT SENTOSA

48300 RAWANG, SELANGOR DARUL EHSAN.

Tel: (60) 3 6021 5776 | EMail : masjidsaidinaali2016@gmail.com