HakCipta Terpelihara. Masjid Saidina Ali Bukit Sentosa, Rawang. Selangor

Best view with Firefox browser. EMail admin@masjidsaidinaali.com.my

 

 

:: English | Bahasa Malaysia  ::



::  DAFTAR AHLI KARIAH F.A.Q ::

 
S : Saya telah semak, nama saya ada didalam senarai Daftar Ahli Kariah, adakah saya perlu daftar sekali lagi?
J : Jika nama anda telah wujud dalam Daftar Ahli Kariah dan anda pasti Mykad tertera adalah tepat, anda tidak perlu lagi mendaftar.

S : Saya telah semak dan mendapati nama saya ada 2 nama. Apa perlu saya lakukan?
J : Anda tidak perlu lakukan apa-apa. Pihak Pengurusan dalam rangka-kerja membuang nama-nama "duplicates".

S : Saya telah semak, nama saya dalam surau terdahulu, saya telah berpindah ke kariah surau lain.
J : Jika anda telah berpindah ke kariah surau yang lain, sila isikan Borang Aduan di laman utama dan maklumkan perubahan (termasuk lain-lain perubahan ejaan nama dsb)

S : Saya dapati nama saya tiada dalam senarai Daftar Ahli Kariah, sedangkan saya pernah menghantar borang Daftar Ahli Kariah dahulu.
J : Borang Daftar Ahli Kariah anda mungkin tidak di'key-in' dahulu. Anda dinasihatkan mengisi borang Daftar Ahli Kariah semula.

S : Jika saya tidak mengisi borang Daftar Ahli Kariah. Apa yang akan terjadi?
J : Anda akan kehilangan hak-hak Ahli Kariah Berdaftar seperti mengundi atau dicalonkan menjadi AJK Masjid dan lain-lain hak dari masa ke semasa. Namun begitu, anda boleh hadir sebagai pemerhati tetapi tiada hak mengundi, mencalon dan dicalonkan.

 

S : Saya telah menghantar borang kariah kelmarin. Kenapa hari ini bila saya semak ia masih belum dikemaskini?
J : Pihak Admin memerlukan 7 hari (bekerja) untuk kemaskini data. Bagi Daftar Kariah (Khas) untuk Mesyuarat Pemilihan 2025, ia akan selesai sebelum/pada Isnin 11 Julai, 2025.



S : Saya telah menjadi AHLI BAKTI adakah saya perlu daftar lagi sebagai AHLI KARIAH Masjid Saidina Ali?
J :
Ya. Masih PERLU DAFTAR. BAKTI dan Masjid Saidina Ali adalah 2 entiti berbeza, BAKTI adalah Khairat Kematian dibawah ROS. Manakalah Masjid dibawah JAIS. Borang juga berbeza.


S : Saya dapati Bagi AGM 2025, Kenapa 5 tahun (2026-2030) bukannya 3 tahun?
J :
Mulai Sesi 2026-2030 pihak MAIS telah menetapkan Anggota Jawatankuasa Kariah Masjid akan berkuat-kuasa selama 5 tahun bagi satu sesi (penggal).


S : Saya dapati jiran saya yang telah berpindah ke kariah lain masih dalam database.
J :
Sila isikan Borang Aduan di laman utama dan maklumkan maklumat ahli kariah tersebut. Pihak Anggota Jawatankuasa Kariah akan menyiasat dan mengugurkan beliau dari senarai ahli kariah jika ianya benar dan perlu.














<< KEMBALI KE MENU UTAMA >>



MASJID SAIDINA ALI BUKIT SENTOSA

JALAN ANGGERIK 6, SEKSYEN BS7, BUKIT SENTOSA

48300 RAWANG, SELANGOR DARUL EHSAN.

Tel: (60) 3 6021 5776 | EMail : masjidsaidinaali2016@gmail.com