HakCipta Terpelihara. Masjid Saidina Ali Bukit Sentosa, Rawang. Selangor

Best view with Firefox browser. EMail admin@masjidsaidinaali.com.my

 

 

:: English | Bahasa Malaysia  ::



:: MASJID SAIDINA ALI ::
MAJLIS ISTIADAT PENGURNIAAN WATIKAH PELANTIKAN
NAZIR DAN IMAM MASJID-MASJID DI NEGERI SELANGOR
2023M/1444H




Alhamdulillah. Merafak sembah setinggi-tinggi Syukur dan Terima Kasih kepada DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj diatas perkenan baginda mengurniakan Watikah Pelantikan Nazir dan Imam Masjid-Masjid Negeri Selangor.

Istiadat Pengurniaan
Watikah Pelantikan Nazir dan Imam Masjid-Masjid Negeri Selangor tersebut diadakan pada Khamis 02 Mac 2023 bersamaan 09 Syaaban 1444H bertempat di Balairong Seri, Istana Alam Shah, Klang. Selangor.

Tn. Nazir Masjid Saidina Ali, Ustaz Muhammad Amir Hafiz bin Hanapi dalam pada itu melahirkan keyukuran atas pengurniaan watikah tersebut dan berjanji akan memberikan khidmat yang terbaik kepada Masjid Saidina Ali dan kariah Masjid Saidina Ali amnya,

Mengiringi beliau yang turut juga menerima watikan pelantikan sebagai Imam ialal Imam I Masjid Saidina Ali, Ustaz Tn. Hj. Mohd Said bin Sadali juga merupakan Pen. Pendaftar Perkahwinan bagi Kariah Masjid Saidina Ali.




<< KEMBALI KE MENU UTAMA >>


MASJID SAIDINA ALI BUKIT SENTOSA

JALAN ANGGERIK 6, SEKSYEN BS7, BUKIT SENTOSA

48300 RAWANG, SELANGOR DARUL EHSAN.

Tel: (60) 3 6021 5776 | EMail : masjidsaidinaali2016@gmail.com