HakCipta Terpelihara. Masjid Saidina Ali Bukit Sentosa, Rawang. Selangor

Best view with Firefox browser. EMail admin@masjidsaidinaali.com.my

 

 

:: English | Bahasa Malaysia  ::



::  DAFTAR AHLI KARIAH F.A.Q ::

 
S : Saya telah semak, nama saya ada didalam senarai Daftar Ahli Kariah, adakah saya perlu daftar sekali lagi?
J : Jika nama anda telah wujud dalam Daftar Ahli Kariah dan anda pasti Mykad tertera adalah tepat, anda tidak perlu lagi mendaftar.

S : Saya telah semak dan mendapati nama saya ada 2 nama. Apa perlu saya lakukan?
J : Anda tidak perlu lakukan apa-apa. Pihak Pengurusan dalam rangka-kerja membuang nama-nama "duplicates".

S : Saya telah semak, nama saya dalam surau terdahulu, saya telah berpindah ke kariah surau lain.
J : Jika anda telah berpindah ke kariah surau yang lain, sila isikan Borang Aduan di laman utama dan maklumkan perubahan (termasuk lain-lain perubahan ejaan nama dsb)

S : Saya dapati nama saya tiada dalam senarai Daftar Ahli Kariah, sedangkan saya pernah menghantar borang Daftar Ahli Kariah dahulu.
J : Borang Daftar Ahli Kariah anda mungkin tidak di'key-in' dahulu. Anda dinasihatkan mengisi borang Daftar Ahli Kariah semula.

S : Jika saya tidak mengisi borang Daftar Ahli Kariah. Apa yang akan terjadi?
J : Anda akan kehilangan hak-hak Ahli Kariah Berdaftar seperti mengundi atau dicalonkan menjadi AJK Masjid dan lain-lain hak dari masa ke semasa. Namun begitu, anda boleh hadir sebagai pemerhati tetapi tiada hak mengundi, mencalon dan dicalonkan.

 

S : Saya telah menghantar borang kariah kelmarin. Kenapa hari ini bila saya semak ia masih belum dikemaskini?
J : Pihak Admin memerlukan 7 hari (bekerja) untuk kemaskini data. Bagi Daftar Kariah (Khas) untuk Mesyuarat Pemilihan 2022, ia akan selesai sebelum/pada Sabtu 3 September, 2022.



S : Saya telah menjadi AHLI BAKTI adakah saya perlu daftar lagi sebagai AHLI KARIAH Masjid Saidina Ali?
J :
Ya. Masih PERLU DAFTAR. BAKTI dan Masjid Saidina Ali adalah 2 entiti berbeza, BAKTI adalah Khairat Kematian dibawah ROS. Manakalah Masjid dibawah JAIS. Borang juga berbeza.




















<< KEMBALI KE MENU UTAMA >>



MASJID SAIDINA ALI BUKIT SENTOSA

JALAN ANGGERIK 6, SEKSYEN BS7, BUKIT SENTOSA

48300 RAWANG, SELANGOR DARUL EHSAN.

Tel: (60) 3 6021 5776 | EMail : masjidsaidinaali2016@gmail.com