HakCipta Terpelihara. Masjid Saidina Ali Bukit Sentosa, Rawang. Selangor

Best view with Firefox browser. EMail admin@masjidsaidinaali.com.my

 

 

:: English | Bahasa Malaysia  ::



:: PERUTUSAN TN. NAZIR MASJID SAIDINA ALI ::
SEMPENA PELANCARAN LAMAN WEB MASJID SAIDINA ALI





Assalamualaikum WBT.

Pertama dan Selamanya saya bersyukur kehadrat Allah SWT yang mana dengan limpah kurniaNYA laman web Masjid Saidina Ali ini dapat direalisasikan.

Laman web Masjid Saidina Ali ini bertujuan memberikan informasi terkini dan maklumat-maklumat atau berita-berita terkini masjid yang agak sukar dilakukan melalui Facebook dan lain-lain media.

Masjid Saidina Ali, khasnya pejabat masjid kerapkali menerima permintaan maklumat seperti maklumat perbankan, maklumat anggota Jawatankuasa Kariah Masjid, maklumat pejabat dan sebagainya yang sukar dipaparkan secara statik di facebook. Oleh itu, cetusan idea untuk membina laman portal masjid ini diutarakan.

Saya berterima kasih dan syabas yang tidak terhingga kepada Lajnah IT yang telah bertungkus-lumus menghasilkan sendiri laman web ini bagi mengelakkan kos konsultasi dan pembinaan laman web yang tinggi kepada masjid. Dengan tenaga muda dan mempunyai kepakaran IT, perkara sebegini dapat dihasilkan. Masjid akan terus-menerus membuka ruang dan peluang kepada ahli kariah yang mempunyai kepakaran dalam apa jua bidang untuk sentiasa memakmurkan masjid dan membantu agama Allah SWT ini.

Dengan terhasilnya laman web ini juga, informasi dan dakwah  kini tiada lagi sempadan. Maklumat boleh dicapai oleh mereka yang memerlukan pada bila-bila masa dan dimana sahaja.

Moga ianya menjadi jariah akhirat kita bersama. Sekali lagi, terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu secara langsung atau tidak langsung dalam pembinaan laman web ini dan seterusnya kepada semua ahli kariah agar dapat mengambil manfaat darinya.

Semoga semua kita sentiasa dalam pandangan rahmat Allah SWT.

Hasbunallah Wanikmal Wakil.

 

<< KEMBALI KE MENU UTAMA >>


MASJID SAIDINA ALI BUKIT SENTOSA

JALAN ANGGERIK 6, SEKSYEN BS7, BUKIT SENTOSA

48300 RAWANG, SELANGOR DARUL EHSAN.

Tel: (60) 3 6021 5776 | EMail : masjidsaidinaali2016@gmail.com

 
              ________________________________________
USTAZ MUHAMMAD AMIR HAFIZ BIN MOHD HANAPI
TN. NAZIR MASJID SAIDINA ALI