HakCipta Terpelihara. Masjid Saidina Ali Bukit Sentosa, Rawang. Selangor

Best view with Firefox browser. EMail admin@masjidsaidinaali.com.my

 

 

:: English | Bahasa Malaysia  ::


:: PERUTUSAN TN. NAZIR MASJID SAIDINA ALI ::
PELANTIKAN ANGGOTA JAWATANKUASA KARIAH MASJID SAIDINA ALI
SESI 2023/2025




Assalamualaikum WBT

Alhamdulillah segala puji-pujian dan syukur kepada Allah SWT yang masih memberi kita nikmat usia dan memberi kita nikmat yang banyak termasuklah nikmat iman.

Saya memohon petunjuk dan keampunan dari Allah SWT atas terpilihnya saya bagi menerajui sekali lagi Masjid Saidina Ali sebagai Nazir Masjid Saidina Ali bagi Sesi 2023/2025. Saya juga dengan rendah diri mengucapkan Ribuan Terima Kasih kepada MAIS, JAIS, PAIDHS dan Seluruh Ahli Kariah Masjid Saidina Ali yang mempercayai saya bagi memegang amanah yang berat ini.

Saya juga ingin merakamkan Tahniah kepada semua Anggota Jawatankuasa Kariah Masjid Saidina Ali Sesi 2023/2025 diatas pelantikan ke jawatan masing-masing.

Jawatan bukanlah sesuatu untuk dibanggakan tetapi, ianya amanah yang akan dipertanggungjawabkan dimahkamah Rabbul Jalil nanti.
Allah SWT berfirman dalam al-Quran yang bermaksud:  "Wahai orang beriman, janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul (Muhammad) dan (juga) janganlah kamu mengkhianati amanah yang diberi kepercayaan kepadamu, sedang kamu mengetahui."  (Surah al-Anfal, ayat 27).

InshaAllah saya akan cuba dengan sedaya upaya saya dengan dibantu oleh saf kepimpinan AJK 2023/2025 bagi memberikan yang terbaik dan termampu buat Masjid Saidina Ali dan Ahli-Ahli Kariah. Saya mengharapkan Ahli-Ahli Kariah akan turut membantu dan menegur secara berhemah sekiranya terdapat kekurangan dan kekhilafan dalam kami menjalankan amanah yang diberi.

Begitu juga kepada Anggota Jawatankuasa Kariah Sesi 2019/2022 (yang lepas) dan calon-calon yang tidak terpilih dalam pemilihan kali ini, jangan dijadikan ini sebagai batu pemisah kerjasama antara kita, kerana masjid ini adalah tanggungjawab kita bersama amnya. Buah fikiran yang baik dan kerjasama bagi mengimarahkan masjid kita, Masjid Saidina Ali amat dialu-alukan. 

Sekian. Semoga kita semua sentiasa dalam pandangan rahmatNya dan dipermudahkan segala urusan.

Hasbunallah Wanikmal Wakil

Saya yang menjalankan Amanah

Ustaz Muhammad Amir Hafiz Bin Mohd Hanapi
Nazir
Masjid Saidina Ali


<< KEMBALI KE MENU UTAMA >>


MASJID SAIDINA ALI BUKIT SENTOSA

JALAN ANGGERIK 6, SEKSYEN BS7, BUKIT SENTOSA

48300 RAWANG, SELANGOR DARUL EHSAN.

Tel: (60) 3 6021 5776 | EMail : masjidsaidinaali2016@gmail.com