HakCipta Terpelihara. Masjid Saidina Ali Bukit Sentosa, Rawang. Selangor

Best view with Firefox browser. EMail admin@masjidsaidinaali.com.my

 

 

:: English | Bahasa Malaysia  ::


:: PERUTUSAN TN. NAZIR MASJID SAIDINA ALI ::
SELAMAT MENYAMBUT
HARI KEBANGSAAN KEMERDEKAAN KE-65
DAN HARI MALAYSIA 2022



Assalamualaikum WBT

 (7x) الله أكبر

Alhamdulillah segala puji-pujian dan syukur kepada Allah SWT yang masih memberi kita nikmat usia dan memberi kita nikmat yang banyak termasuklah nikmat kemerdekaan.

Sujudlah! Tanda syukurmu pada Rabbmu yang telah mengurniakan keamanan dan kerharmonian pada negara ini.

Semoga kemerdekaan ini menjadikan kita masyarakat yang lebih prihatin...prihatin dalam agamanya iaitu menjadikan agamanya lebih baik dan menjadi hamba yang lebih taat. Prihatin terhadap negaranya dengan memastikan tanah bertuah ini terus selamat dari ancaman dan maju serta makmur. Prihatin terhadap keluarga dengan memastikan institusi keluarga senantiasa positif dan menjadikan keluarga sebagai keluarga Malaysia yang Teguh Bersama. Prihatin terhadap masyarakat iaitu senantiasa menjaga hubungan baik dengan masyarakat, bantu-membantu dalam kebajikan, mewujudkan aktiviti-aktiviti sihat untuk memupuk semangat kemasyarakatan yang harmoni dan prihatin terhadap diri iaitu memastikan diri senantiasa positif, aktif dan dengan nilai-nilai moral yang tinggi disamping akhlak yang terbaik.

Marilah sama-sama kita menyambut Merdeka dengan penuh kesyukuran dan puji-pujian kepada ﷻ ﷲ dan kembali memenuhi masjid serta mengimarahkannya.

Saya bagi pihak diri dan seluruh anggota jawatankuasa kariah Masjid Saidina Ali ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-65 dan Hari Malaysia 2022. Terima Kasih kepada semua anggota serta veteran pasukan keselamatan yang telah banyak memberikan bakti kepada negara ini, Terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang bersama memakmurkannya.

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Sekian. Terima Kasih.

Hasbunallah Wanikmal Wakil

Saya yang menjalankan Amanah

Ustaz Muhammad Amir Hafiz Bin Mohd Hanapi
Nazir
Masjid Saidina Ali

<< KEMBALI KE MENU UTAMA >>


MASJID SAIDINA ALI BUKIT SENTOSA

JALAN ANGGERIK 6, SEKSYEN BS7, BUKIT SENTOSA

48300 RAWANG, SELANGOR DARUL EHSAN.

Tel: (60) 3 6021 5776 | EMail : masjidsaidinaali2016@gmail.com