HakCipta Terpelihara. Masjid Saidina Ali Bukit Sentosa, Rawang. Selangor

Best view with Firefox browser. EMail admin@masjidsaidinaali.com.my

 

 

:: English | Bahasa Malaysia  ::



:: SEJARAH MASJID MASJID SAIDINA ALI ::






SEJARAH MASJID SAIDINA ALI, BUKIT SENTOSA.

 

Masjid Saidina Ali adalah masjid permaufakatan kariah. Ia terletak di Bukit Sentosa (berdekatan Sekolah Kebangsaan Bukit Sentosa dan Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Sentosa 2).

 

Gerak kerja mendapatkan dana bermula pada 10 Mac 2010 oleh Jawatankuasa penaja yang di Pengerusikan oleh Tn. Hj. Azham bin Kamarudin (beliau juga merupakan Tn. Nazir pertama Masjid Saidina Ali) pada tahun 2013 ia mula dibina dan siap sepenuhnya dan mula digunakan pada Oktober 2014 dan Solat pertama diadakan pada waktu Maghrib 18 Disember 2014.

DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj telah merasmikan masjid ini dan berkenan menamakannya Masjid Saidina Ali pada tanggal 23 Jun 2016.

Masjid Saidina Ali dibina diatas tapak berkeluasan 2.77 ekar dengan kos pembinaan sebanyak RM5.1 juta dan pertambahan sayap kiri dan kanan dengan kos RM500 ribu.
Sumber dana yang diperolehi ialah RM3.2 juta (kerajaan persekutuan), RM 2 juta (kerajaan negeri) manakala selebihnya adalah sumbangan orang-ramai.

Masjid Saidina Ali mampu memuatkan antara 1500-1800 orang jemaah pada satu-satu masa. Masjid ini mempunyai ruang bacaan pada sayap kiri dan ruang untuk majlis walimah pada sayap kanan serta kolah air bagi kegunaan orang-ramai. Sayap kiri dan kanan juga mempunyai skrin layar dan projektor yang boleh digunakan sekiranya ianya hendak digunakan sebagai dewan terbuka.

Kini Ustaz Muhammad Amir Hafiz bin Mohd Hanapi selaku Tn. Nazir Masjid Saidina Ali meneruskan legasi terdahulu dan setakat Januari 2024, Ahli Kariah berdaftar ialah sebanyak 3771 orang.

Masjid Saidina Ali mempunyai kawasan di hadapannya yang mana di bangunkan dewan bagi tujuan untuk sewaan mesyuarat dan majlis, asalnya bangunan ini merupakan Surau Masjid Saidina Ali sebelum dinaik-taraf. Bersebelahan dewan pula ialah kawasan kosong yang digunakan untuk Ibadah Qurban dan lain-lain aktiviti.

Masjid Saidina Ali aktif dengan majlis ilmunya dimana setiap malam diadakan majlis ilmu manakala pada hujung minggu pula ianya ditambah pula dengan kuliah Subuh. Setiap malam Ahad pula (Ahad malam Isnin) diadakan Majlis Ilmu dan Zikir (Majlis Taalim) dengan kerjasama Darul Muhajirin yang dipimpin oleh Al-Fadhil Ustaz Mohd Hazri Hashim Al-Bindany.




LOGO MASJID






<< KEMBALI KE MENU UTAMA >>


MASJID SAIDINA ALI BUKIT SENTOSA

JALAN ANGGERIK 6, SEKSYEN BS7, BUKIT SENTOSA

48300 RAWANG, SELANGOR DARUL EHSAN.

Tel: (60) 3 6021 5776 | EMail : masjidsaidinaali2016@gmail.com