HakCipta Terpelihara. Masjid Saidina Ali Bukit Sentosa, Rawang. Selangor

Best view with Firefox browser. EMail admin@masjidsaidinaali.com.my

 

 

:: English | Bahasa Malaysia  ::



:: MASJID SAIDINA ALI::

SABTU 17 SEPTEMBER 2022
:: MESYUARAT AGUNG KHAS PENCALONAN DAN PEMILIHAN ::
ANGGOTA JAWATANKUASA KARIAH DAN PEMERIKSA KIRA-KIRA
MASJID SAIDINA ALI BAGI SESI 2023/2025




 
Mesyuarat Agung Khas Pemilihan dan Pencalonan Anggota Jawatankuasa Kariah dan Pemeriksa Kira-Kira Masjid Saidina Ali Bagi Sesi 2023/2025 telah berlangsung pada Sabtu 17 Septermber 2022.

Mesyuarat bermula jam 9 malam dengan dipengerusikan oleh Pegawai Tadbir Agama (PTA), Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Hulu Selangor, Ustaz Mohd Khairi Md Zainal dan berlangsung hampir 3 jam. Beliau juga mengambil sedikit masa menerangkan proses-proses pencalonan dan pemilihan.



Bagi Jawatan Pegawai Masjid (Nazir, Imam, Bilal dan Siak) ianya tidak dipilih, sebaliknya hanya dicalonkan dan proses temuduga akan dilakukan oleh pihak PAIDHS/JAIS.

Tn. Nazir Masjid Saidina Ali, Ustaz Muhammad Amir Hafiz Mohd Hanapi sekali lagi dicalonkan untuk memegang jawatan Nazir Masjid Saidina Ali dan Lt. Kol. (B) Haji Mohd Rahib Mohd Isa yang merupakan seorang ahli perniagaan juga turut dicalonkan bagi jawatan tersebut.

Ustaz Muhammad Amir Hafiz

Manakala bagi jawatan Imam, Ustaz Muhammad Azamudin Bin Abdul Aziz (Imam I MSA) dan Ustaz Mohd Said (Imam III MSA) juga di calonkan.

Jawatan-jawatan lain seperti Bilal, Siak, Timb. Nazir, Bendahari, Pen. Bendahari, Wakil Pemuda, Wakil Muslimat, Pengurus Jenazah Muslimat, 6 Orang Ahli Jawatankuasa Kariah juga di calon dan dipilih. Jawatan Pemeriksa Kira-kira menyaksikan pembaharuan dimana, kedua-dua yang dipilih ialah dari kalangan Muslimat.







<< KEMBALI KE MENU UTAMA >>


MASJID SAIDINA ALI BUKIT SENTOSA

JALAN ANGGERIK 6, SEKSYEN BS7, BUKIT SENTOSA

48300 RAWANG, SELANGOR DARUL EHSAN.

Tel: (60) 3 6021 5776 | EMail : masjidsaidinaali2016@gmail.com