HakCipta Terpelihara. Masjid Saidina Ali Bukit Sentosa, Rawang. Selangor

Best view with Firefox browser. EMail admin@masjidsaidinaali.com.my

 

 

:: English | Bahasa Malaysia  ::



:: LAJNAH DAKWAH /LAJNAH BELIA & SUKAN ::
MASJID SAIDINA ALI


RABU 31 OGOS 2022
:: PROGRAM KEMERDEKAAN 2022 - PADAT DAN HEBAT! ::




Program Kemerdekaan 2022, Masjid Saidina Ali dimulai pada malam 30 Ogos 2022 dengan bacaan surah Yasin, solat hajat dan tausiah oleh Ustaz Syeikh Mujahid Syeikh Nawawi serta diteruskan dengan program Quran Hour dan Khatam al-Quran oleh Ahli-ahli Kariah serta pelajar SPM Sek. Men. Keb. Bukit Sentosa 2. Majlis juga diwarnai dengan memotong kek Malaysia serta meraikan mereka yang lahir pada bulan Ogos.




Sepertiga malam, Sambutan Kemerdekaan 2022 diteruskan lagi dengan Program Qiamullail dan Zikir Munajat yang dipimpin oleh Ustaz PU Shahul Hameed bermula jam 4:30 pagi sehingga Subuh. Al-Fadhil ustaz PU Shahul Hameed juga seterusnya menyampaikan Kuliah Subuh usai Solat Subuh secara berjemaah.



Antara intipati yang disampaikan ialah Merdeka bukan hanya sekadar melaungkan perkataan Merdeka! tetapi merdeka sebenarnya ialah merdeka daripada belenggu syaitan dan nafsu serta menjadi manusa yang berjaya dunia dan akhirat serta memberi manfaat kepada orang lain.

Majlis seterusnya diteruskan dengan Perarakan kontijen-kontijen, majlis menaikkan Jalur Gemilang dan nyanyian lagu Negaraku serta pertandingan mewarna dan pakaian terbaik.





PAGE 2 >


<< KEMBALI KE MENU UTAMA >>


MASJID SAIDINA ALI BUKIT SENTOSA

JALAN ANGGERIK 6, SEKSYEN BS7, BUKIT SENTOSA

48300 RAWANG, SELANGOR DARUL EHSAN.

Tel: (60) 3 6021 5776 | EMail : masjidsaidinaali2016@gmail.com