HakCipta Terpelihara. Masjid Saidina Ali Bukit Sentosa, Rawang. Selangor

Best view with Firefox browser. EMail admin@masjidsaidinaali.com.my

 

 

:: English | Bahasa Malaysia  ::




:: LAJNAH DAKWAH /LAJNAH BELIA & SUKAN ::
MASJID SAIDINA ALI

RABU 31 OGOS 2022
:: PROGRAM KEMERDEKAAN 2022 - PADAT DAN HEBAT! ::




Tn. Nazir Masjid Saidina Ali, Ustaz Muhammad Amir Hafiz bin Mohd Hanapi berkata beliau amat gembira dan bersyukur kerana sambutan menggalakkan daripada sekolah-sekolah, ahli-ahli kariah dan persatuan-persatuan yang berada dibawah kariah Masjid Saidina Ali yang menunjukkan bahawa betapa eratnya masyarakat dan masjid. Beliau juga berkata yang lebih penting bukanlah pertandingan tersebut, tetapi ukhwah yang terjalin dan berharap akan lebih banyak program-program bersama masjid akan disertai oleh ahli-ahli kariah dan sentiasa membuka peluang untuk menjalinkan kerjasama demi ummah dan Islam khasnya.





Pn. Noriha Nordin, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Sentosa 2 dalam nota ringkasnya kepada pihak Masjid Saidina Ali, menyatakan tahniah dan penghargaan yang tidak terhingga diatas kejayaan program ini dan mengharapkan program sebegini dapat menjentik pembentukan jatidiri dan seterusnya melahirkan generasi yang berakhlak tinggi serta berpesonaliti mulia.




Pengarah Program, Ustaz Tn. Haji Mohd Said Bin Sadali melahirkan rasa terharu diatas sambutan yang diberikan daripada semua pihak yang mengambil bahagian dan rasa Terima Kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak, terutama Lajnah-Lajnah seperti Muslimat MSA, Lajnah Belia dan Sukan, Lajnah Keselamatan, Lajnah Kerian dan Sajian, Lajnah Ekonomi bersama peniaga-peniaga yang mengambil bahagian, SRS (Taman Seroja), RELA dan semua pihak yang secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini dan berharap program ini akan menjadi salah satu aktiviti didalam Takwim Tahunan Masjid Saidina Ali bersama semua Sekolah-sekolah, persatuan, NGO, KRT dan Ahli-Ahli Kariah Masjid Saidina Ali.




< PAGE 1                                                                                                                  PAGE 3 >




<< KEMBALI KE MENU UTAMA >>


MASJID SAIDINA ALI BUKIT SENTOSA

JALAN ANGGERIK 6, SEKSYEN BS7, BUKIT SENTOSA

48300 RAWANG, SELANGOR DARUL EHSAN.

Tel: (60) 3 6021 5776 | EMail : masjidsaidinaali2016@gmail.com