HakCipta Terpelihara. Masjid Saidina Ali Bukit Sentosa, Rawang. Selangor

Best view with Firefox browser. EMail admin@masjidsaidinaali.com.my

 

 

:: English | Bahasa Malaysia  ::



:: LAJNAH BELIA & SUKAN ::
MASJID SAIDINA ALI

SABTU 20 OGOS 2022
:: LATIHAN PERTAMA PERTUBUHAN SILAT SENI GAYONG MALAYSIA GELANGGANG MSA, HEBAT! ::




Latihan pertama Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM) Gelanggang MSA telah bermula pada Jumaat 19 Ogos 2022. seramai lebih 30 murid telah mendaftar diri dan pendaftaran masih dibuka sepanjang tahun.

Murid-murid seusia 7 tahun ke atas diberi pendedahan pemanasan badan serta gerakan asas PSSGM seperti duduk kuda-kuda, tumbukan, pancung dan tumbuk berbalas pancung.

Rata-rata semua murid-murid amat bersemangat ketika melaungkan "Zat!" dibawah didikan Gurulatih Cikgu Aiman Rabbani bin Mohd Jafri (Bengkung Pelangi Kuning Cula II). Mereka juga diajar pembukaan gelanggang dengan membaca surah Al-Fatihah dan Al-Ikhlas.

Puteri Nur Ain Nabila binti Nor Arisham berumur 9 tahun kelihatannya amat gembira, beliau yang mendapat pendedahan awal dari bapanya, Tn. Nor Arisham Bin Haji Bakar yang merupakan Setiausaha MSA yang juga ahli PSSGM semenjak tahun 80an.

Tn. Nor Arisham Bin Haji Bakar ketika ditemuramah oleh Admin berkata, silat bukan sahaja untuk bertempur atau menjaga diri tetapi ia lebih dari itu. "Silat mengajar kita tentang menjaga kesihatan diri, pembentukan jati diri, sifat persaudaraan, fokus dalam apa yang dilakukan dan melakukan yang terbaik dan "push to the limit" sepertimana kata-kata hikmat Gayong...
"SeGayong, Sekendi, Seperigi, Seperminum, Sejalan, Sejadi, Sedarah, Sedaging & Sepadu" " katanya. Beliau yang mendapat didikan Gayong daripada Kedah dan pernah bertemu dengan Allahyarham Mahaguru Dato' Meor Abdul Rahman Bin Daeng Uda Hashim, Panglima Sendo Perak (meninggal tahun 1991).

Syabas dan Tahniah kepada semua murid-murid yang telah mendaftarkan diri!.




Bagi anak-anak kariah yang berminat menyertai Silat Seni Gayong Malaysia, borang penyertaan menjadi pelajar baru boleh didapatkan dari Pejabat Masjid Saidina Ali atau Muat-Turun << di sini >>

MAKLUMAT LANJUT : Tn. Azman Jamian (Pengerusi Lajnah Belia & Sukan) (60) 13675 8540

<< terdahulu
Majlis Penganugerahan kenaikan bengkung Silat Seni Gayong Malaysia

  


<< KEMBALI KE MENU PSSGM >>


MASJID SAIDINA ALI BUKIT SENTOSA

JALAN ANGGERIK 6, SEKSYEN BS7, BUKIT SENTOSA

48300 RAWANG, SELANGOR DARUL EHSAN.

Tel: (60) 3 6021 5776 | EMail : masjidsaidinaali2016@gmail.com