HakCipta Terpelihara. Masjid Saidina Ali Bukit Sentosa, Rawang. Selangor

Best view with Firefox browser. EMail admin@masjidsaidinaali.com.my

 

 

:: English | Bahasa Malaysia  ::



:: LAJNAH BELIA & SUKAN ::
MASJID SAIDINA ALI

JUMAAT 12 OGOS 2022
:: MAJLIS PENGANUGERAHAN KENAIKAN BENGKUNG SILAT SENI GAYONG MALAYSIA DAN PERASMIAN GELANGGANG MASJID SAIDINA ALI. ::




Masjid Saidina Ali melalui Lajnah Belia dan Sukan bersama Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia   dengan rasminya telah membuka Gelanggang Masjid Saidina Ali. Jadual latihan ialah pada setiap Jumaat malam Sabtu (Selepas Isyak) dan yuran hanya sebanyak RM20 sebulan.

Dalam ucaptama Tn. Nazir Masjid Saidina Ali, Sahibus Saadah Ustaz Muhammad Amir Hafiz Bin Mohd Hanapi telah menyatakan rasa bangga beliau kerana terzahirnya Gelanggang Silat Seni Gayong Masjid Saidina Ali. Beliau mengharapkan ramai anak-anak kariah berumur 7 tahun keatas mendaftarkan diri bagi membina jati dan sahsiah diri melalui silat. Beliau jua menyatakan hasrat agar gelanggang ini di teruskan walaupun jika berlaku perubahan pentadbiran masjid.

Manakala Cikgu Dr. Rosman Ismail dalam ucapan perasmian beliau menyatakan akan memberikan komitmen tidak berbelah bahagi beliau dan akan membantu Gelanggang Masjid Saidina Ali agar terus aktif dan berjaya.

Dalam majlis yang sama juga, seramai 3 orang murid Silat Seni Gayong Malaysia menerima kenaikan bengkung daripada hitam mulus kepada Bengkung Awan Putih.

Majlis diserikan dengan persembahan anak-anak Silat Seni Gayong Malaysia bermula dari tari Teratai serta Permainan Simbat dan Parang.



Bagi anak-anak kariah yang berminat menyertai Silat Seni Gayong Malaysia, borang penyertaan menjadi pelajar baru boleh didapatkan dari Pejabat Masjid Saidina Ali atau Muat-Turun << di sini >>

MAKLUMAT LANJUT : Tn. Azman Jamian (Pengerusi Lajnah Belia & Sukan) (60) 13675 8540


sebelumnya << Iklan Gelanggang
seterusnya
Latihan Pertama Silat Seni Gayong Malaysia Gelanggang MSA, Hebat! >>

  


<< KEMBALI KE MENU PSSGM >>


MASJID SAIDINA ALI BUKIT SENTOSA

JALAN ANGGERIK 6, SEKSYEN BS7, BUKIT SENTOSA

48300 RAWANG, SELANGOR DARUL EHSAN.

Tel: (60) 3 6021 5776 | EMail : masjidsaidinaali2016@gmail.com